Sedang mencari kedai printing banner bunting terbaik? Anda perlu tahu sebab kenapa ianya bahan marketing penting untuk bisnes anda.
Kepada usahawan sekitar Shah Alam, anda pasti nak tempah banner bunting yang murah, cepat siap dan tahan lama kan?
Jangan risau. Flexisprint dapat memenuhi kehendak anda untuk printing yang berkualiti.
Tahukah anda cara untuk memilih saiz dan jenis bahan marketing ini?
FLEXISPRINT sebagai pakar printing Shah Alam akan berkongsi Tips Memilih dan Menempah Banner dan Bunting.
Tips #1: Tahu Perbezaan Utama
Secara umumnya, kita tengok dua-duanya adalah benda yang sama.
Sebenarnya……….ianya TIDAK! Jika tuan/puan keliru, kami boleh jelaskan.
Dengan bahasa mudah, Banner adalah secara melintang & Bunting adalah secara menegak.. Tuan/puan nampak perbezaannya sekarang?
Teruskan bacaan TIPS kami!
Tips #2: Pastikan tempat atau lokasi pergantungan yang sesuai.
Tahukah tuan/puan, lokasi pergantungan/pemasangan banner atau bunting sangat penting?
Jika tuan/puan usahawan restoran/kedai makan, pastikan pemasangannya tidak terlalu besar atau kecil.
Pastikan banner bunting tuan/puan mudah dibaca dengan sekali imbas.
Jangan letak tempat tersorok atau gelap, kerana iklan / promosi anda sukar dilihat,maka pelanggan tidak tahu kewujudan perniagaan anda.
Tips #3: Tahu Saiz Banner dan Bunting
Kami sebagai pakar percetakan banner bunting shah alam akan membantu anda mendapatkan beberapa saiz standard banner bunting.
– saiz standard banner: (12 kaki x 4 kaki) / (15 kaki x 4 kaki) / (10 kaki x 5 kaki) / (20 kaki x 4 kaki)
– saiz standard bunting: (2 kaki x 5 kaki) / (2 kaki x 6 kaki) / (3 kaki x 6 kaki)
*Saiz yang dinyatakan hanyalah sekadar panduan jika tuan/puan memang tak tahu nak buat saiz apa.
Tips #4: Memilih Material Yang Betul
Kenapa bila anda tempah, ianya cepat koyak? cepat luntur warna?
Sebab tu pemilihan material adalah sangat penting. Kami menggunakan material tarpaulin yang berkualiti tinggi.
Tahan panas. Tahan hujan. Tahan Koyak. Warna cetakan maintain cun.
Tips #5: Wording dan Design
Ini adalah tips untuk memudahkan pelanggan nampak design anda.
Dengan pemilihan perkataan yang jelas, nyata dan terang, mesej pemasaran dan promosi anda akan dapat dibaca dan sampai ke minda pelanggan.
Jika masukkan terlalu banyak perkataan, pelanggan sukar untuk nampak penjelasan anda.
Dari segi warna, pastikan anda menggunakan warna yang tidak terlalu pelbagai. Kalau warna yang digunakan tiada kesinambungan dan tak konsisten, ia akan menjejaskan grafik atau design yang digunakan.
Semoga artikel ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
Terima kasih kerana sudah meluangkan masa untuk membaca artikel ini.
Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?
Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓
Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.
Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19, jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.
- No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
- No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:
🌸Facebook @Flexisprint
🌸Instagram @flexisprint